Sebenarnya prospek yang dah SMS, mereka dah hampir sangat bertukar menjadi customer kita.
Berdasarkan pengalaman saya yang terdahulu, saya dapati prospek yang SMS adalah mereka yang sudahpun berminat untuk beli.
Jadi, tugas terakhir kita adalah untuk memberi penghargaan kepada prospek kerana telah menghantarkan SMS kepada kita.
Bagaimana menghargai prospek ?
Pertama, jangan hard-‐sell.
Bermaksud, jangan beri paksaan seperti ayat:
“ Tinggal 4 unit sahaja lagi. Bank in sekarang.“
Ayat SMS di atas barangkali boleh ‘close sale’, tapi ada ayat SMS untuk ‘close sale’ yang lebih berkesan.
Ada 2 ciri yang perlu diambil-‐berat dalam usaha untuk ‘close-‐sale’ dalam SMS. Iaitu:
- Security ( Keselamatan )
- Insentif
Saya berikan ayat SMS contoh di bawah.
Contoh ayat SMS yang buruk:
“ Salam. Terima kasih kerana berminat. Special offer Produk XYZ. Harga asal RM180. Harga promo RM100. Bayar sekarang ke Maybank 12353253, CIMB 3233248323 ( Maju Enterprise ). Selepas bank in, reply nama, alamat, no hp dan bukti bayaran. “
Komen tentang ayat SMS di atas:
- Tiada pengenalan diri
- Ayat SMS di atas sebenarnya menakutkan prospek. Prospek tak kenal siapa yang hantar SMS.
- Tiada nama penghantar, dari FB mana, jawatan, dan sebagainya. Jadi, prospek berasa takut untuk berurusan.
Terlalu memaksa prospek untuk bayar cepat.
Prospek sebenarnya sudahpun berminat. Jadi, jangan hard-‐sell. Hargai minat mereka.
Bahasa yang kurang manis
Ayat “Bayar sekarang” seolah-‐olah prospek ini berhutang dengan penjual. Tukarkan ke perkataan yang lebih sopan.
Tiada insentif bila prospek diarah bertindak.Prospek sebenarnya sibuk dan malas. Jadi, kita perlu beri insentif supaya mereka bertindak ‘bank in’ cepat kepada kita.
Contoh ayat SMS yang bagus:
“ Salam. Saya Yati dari FB Suka Sihat. Terima kasih kerana SMS. Kami ada offer istimewa hari ini. Harga sekotak Slim Fast RM150 ( 30 hari ). Jika buat bayaran sebelum jam 3 petang, kami diskaun RM50.RM100 sahaja & pos percuma.1-‐3 hari bekerja produk sampai. Untuk tujuan pos, boleh saya tahu nama, alamat & no hp ? “
Selepas prospek SMS nama,alamat & no. HP, reply ayat berikut:
“ Terima kasih, langkah terakhir, sila buat bayaran ke akaun berikut: Maybank: 23423343
CIMB: 12321443
Akaun: Maju Enterprise
Selepas bayaran dibuat, reply bukti bayaran.
Kami akan pos hari ini juga jika bayaran dibuat sebelum jam 3 petang. “
Komen tentang ayat SMS di atas:
- Ada pengenalan diri
- Prospek tahu dengan siapa mereka berurusan. Jadi mereka berasa lebih selamat & lebih percaya untuk menyerahkan duit mereka kepada kita.
Bahasa yang sopan
Tidak nampak terlalu memaksa.
Sebaliknya, lebih menghargai prospek kerana ada tawaran untuk mereka.
Ada insentif jika bertindak cepat
Prospek dapat diskaun jika bank in segera.
Jadi, prospek tidak berasa terlalu berat untuk mengikut arahan kita. Selain diskaun, boleh juga ubah dengan memberi insentif lain seperti free gift dan sebagainya.
2 faktor ini sahaja cukup untuk melonjakkan jualan dalam SMS. Kepercayaan & Insentif
Dalam salah satu produk yang saya jual, 80% SMS prospek membuat belian.
Hanya dengan 2 faktor ini sahaja. ( dengan izin Allah )
Ia simple, tapi sangat berkesan.
NOTA:
Jika prospek tidak membuat bayaran, follow-‐up mereka keesokannya. Barangkali mereka terlupa atau ada masalah pada hari sebelumnya. Ingatkan mereka tentang tawaran yang anda beri. Panjangkan tempoh tawaran jika perlu.
Leave a Reply